Translate

Friday, 6 March 2015

Get ready for Japanese Test

Hari ni sebenarnya nak upload gambar makanan lagi. Tapi disebabkan internet yang slow macam siput semput ni, so terpaksa lah tangguhkan dulu niat tu.. Mungkin minggu depan baru upload.. haha Malas nak menunggu gambar tu di upload sebab masa itu emas dan saya kena start buat revision untuk test bahasa Jepun yang 'around the corner'.. ahaks So, entri kali ni tak dek la gambar makanan bagai. BTW saje nak bagitahu mungkin kejap lagi nak keluar pergi ikea beli karipap.. Tetibe rasa nak makan karipap Ikea. 

Ada sesiapa kat sini pandai bahasa Jepun? Nak berkenalan boleh? Hahahaha Apa tips nak fasih bahasa Jepun ni.. Cikgu cakap soalan senang, of course lah senang da dia yang mengajar kita. Kita student, nak jawab tu yang payah.. Balik-balik dia cakap, 'oboete kudasai, must remember'. OK! I will try my best for the test. Annoying pulaq membebel sorang-sorang... 

PLEASE WISH ME THE BEST!!! Tapi serious, siapa yang pandai berbahasa Jepun tu, nak berkenalan please.. I wonder macam mana lah korang boleh belajar bahasa Jepun tu... Susah weyyy.... Tapi kalau difikirkan balik, saya ni belajar apa pun, tak ada nya yang saya cakap senang. Xoxo 

Sunday, 1 March 2015

Food hunting at The Strand

Halloooo halloo haloooo...
Dah lama sangat tak melayan blog ni... Sampai berhabuk laptop saya ni... hahaha
(kalau tak kelakar tak payah gelak)
Ada jek sebenarnya yang nak diceritakan dan diluahkan kat sini. Tapi dek kerana masa yang sangat kuat cemburu tu, maka tak terlayan la blog ni...Ni pun sebab asyik teringat-ingat kat blog ni, so masuk la kejap. haaaa haaaa haa
Hari ni nak share sikit, tadi petang saya pergi la The Strand kat Kota Damansara. Saje jek pergi sana sebab ada food festival auuuuuu.... Banyak sangat makanan yang dijual, ada western, ada sweets, ada juga makanan melayu macam mee rebus dan nasi lemak dan ada pelbagai jenis minuman yang sodap sodap.....



Tu dia..... Apa yang selamat dihadam dalam tummy ni.. Sebenarnya ada lagi yang tekak ni nak makan waktu tu, antaranya roti pita dan carbonara.. I don't know why i like carbonara really much.. Tapi sebab da kenyang, so tak beli lahhh... Kenapa kenyang? Kenyang sebab makan cheesy tacos by Tanjak Crew, ada chocolate cheese banana, fries, meat and beverages. Kenyang juga la makan ni jek, 2 orang makan.. Tapi tak tahu lah kalau ada orang yang makan ni tak kenyang juga... Haahahaha
(gurau saje... jangan marah) Tapi kena beratur panjang gak la nak beli pisang goreng cheese tu.. Dalam tu ada 6ketul, untuk RM6. Harga dia kira affordable kannn... Fries tu baru RM5, satu cup tu penuh sebenarnya, tapi dah makan dulu before snap picture.. xoxo Air tu RM13.. emmm macam tak berbaloi.. hahahahaha tapi boleh lah sebab saya boleh minum.. :0 Meat and tacos tu, xtahu pulak harga dia berapa, kawan yang beli.. Thanks kawan.. hahahha 


"aduiii malas nak kerja esok weyyyy..."

Wednesday, 18 February 2015

Cuti Gong Xi Fa Cai

Hai... Sure ramai yang dekat kampung masing2 sekarang ni... Time cuti panjang macam ni la kita nak balik kampung and bercuti ye x... Saya sendiri pun balik kampung.hihihihi. Tapi ingat balik kampung ni nak rehat2 kat rumah or jalan-jalan cari makan. Al-kisahnya, hari ni rumah atuk ada buat kenduri. So, baguslah sebab dapat makan nasi ambang. Oh ya, lupa nak bagitahu, saya ni orang Johor. Tipikal Johor, salah satu menu mestilah nasi ambang...xoxo

Da lama wooo tak makan nasi ambang. Saya ni pun baru jek lepas tolong-tolong kat dapur tadi. Bukan tolong masak la(kalau saya yang masak, alamatnya tak jadi la nasi ambang tapi jadi benda lain pulaq karang). Saya cuma tolong potong-potong sayur, siang taugeh, kupas bawang..tu jek la buat masa ni.. Yela kat sini kakitangan (cousins & aunty) ada, so kita mengamalkan segregation of duties la..hihihihi 


 Yang ni gambar antara bahan-bahan nak buat sayur goreng.. Just ignore gambar kaki and jari tu, tu kakak saya, dia nak juga masuk dalam gambar walaupun sikit jek.lol kesian.
Yang ni pula tengah masak rendang ayam kampung. Torrrbaik ok masak guna kayu api.. 
Tapi saya tak berapa minat makan ayam kampung.. hahaha
Kalau da tak ada benda lain, boleh la bedal aje..
Da settle part saya, tu yang sempat update blog sikit. Bukan curi tulang ok!

OK la dear, will update lagi nanti2, happy holiday semua and Happy Chinese New Year to celebrants. Kalau ada yang nak bagi ang pow kat saya, bagitahu la.. Saya sentiasa berbesar hati untuk menerima.. ;-)
See you!

Sunday, 15 February 2015

Minggu yang busy

Hai... selamat hari Ahad.. ahaks

Sekarang da mula da busy dengan kerja office.. Stress da datang da...
Hari ni saje nak update kita makan kat mana... Ok la ni da kali ke banyak kali makan kat Sambal Hijau..
Makanan kat sini memang terbaikk sebab banyak choice and of course harga pun murah...
Sambal hijau ni yang kat sebelah masjid di Penchala Link.

Macam biasa lah asal tempat tu best, murah, fames sikit, memang ramai la orang kat situ.. Biasanya nak dapat tempat duduk pun susah terutama sekali bila datang waktu lunch hour.. Tak kira la weekend or weekdays...
And hari ahad camni, pukul 3.15pm pun still ramai orang.. tapi ada la juga tempat duduk kosong. Tapi kalau datang dalam pukul 12.00 lebih kul2pm cam tu memang susah nak dapat tempat duduk..
Nampak x macam mana ramai nya customer dia.. Of course la ramai kan sebab makanan pun sedap and choices.

Nasi putih dengan ayam bakar dan sayur, nasi RM1, ayam bakar RM 5 dan sayur RM1
And I order air suam jek waktu tu, RM0.30
 
Before balik tu ada juga beli choco cheese cake, RM6 tp belum makan lagi, gambar pun tak sempat snap.. lol
 
Ok lah nak sambung buat kerja office. Jika ada umur yang panjang, masa yang terluang, akan try update lagi... Bye. Sayonara.



Saturday, 7 February 2015

Hai semua..
Tak tahu apa nak buat weekend camni (padahal banyak jek kerja n nak study bagai), so kita pun pergi la ke The Curve, bukan shopping pun, miane (sorry), I xminat shopping.. lulz
Then, pergi the curve buat apa? Nak buat apa lagi kalau bukan makan kat sini..

Siap bawa thinkpad company, kononnya nak study about work. Maklumlah bila pergi office, xley nak study, xmasuk la apa, padahal malas. hihihi
Padan muka sendiri la, bila weekend kan da kena study. Tu pun sebab takut disoal bila masuk office nanti.

Nak tau tak ke mana kita pergi makan hari ni? Kalau tak nak tau pun, baca jek la sampai habis, alang2 da buka tu. hihi Untuk hari ni, makan kat tappers, kat the curve. Kenapa pilih tappers? Sebab kat sini makanan dia sedap, portion pun banyak, harga pun sangat berpatutan.. Lagipun arini tekak ni nak telan western food..Tapi kat tappers ni ada jek makanan selain western..

    Ni part of the menu.. Tapi order saya ialah spaghetti carbonara and americano espresso.. Yang kat bawah ni:
SEE... The portion banyak kan.. 
Ok lah, nak sambung sembang dengan kawan kita ni.. Tapi xsempat nak ambil gambar makanan dia, sebab dia da makan dulu..

*Siapa tahu camne nak tukar date kat blog ni?* teehee


Dari semalam duk pikir pikir nak lunch apa hari ni.. Lepas tanya kat kak gogirl, so I pun decide la nak makan nasi dagang. Orang kata nasi dagang ni sedap n fames, harga pun murah.. So why not I give it a try..

So, ini lah nasi dagang ikan.. Kalau tak mau ikan, nak daging or ayam pun boleh juga.. Gambar bawah ni pula air kopi ais. Nama pun kopi, so rasa kopi la.. ok ok saje..
 Total bill, tak ingat pula tapi below RM13.
Lokasi nya terletak kat Damansara Uptown, sebelum Wondermilk, sesiapa yang tahu la.. hihihihi
Nama kedai nya Capital Nasi Dagang Kelantan.

Lambat pulaq publish benda ni.. ni semua angkara internet slow macam siput.


Saturday, 31 January 2015

Gigih edit blog

Hai,,,
Xde follower pun tapi tetap gigih nak post kat blog ni.. hahahaha

Duk pening2 hari sabtu ni fikir nak makan kat mana. End up makan mcd jek kat damansara. lol



Sambil-sambil tu edit la sikit2 blog ni. Tu pun xcantik gak la..

Maaf la ya saya ni xkreatif.

Malam ni nak kena fikir nak makan mana pula.. Maklum lah baru jek pindah duduk kat pj ni. Mana la familiar dengan tempat ni, kawasan kat sini, orang kat sini, dll.

Monday, 26 January 2015

Baru nak berblog

Hello.
I thought its hard to start a new blog. Not so complicated indeed. But I still exploring. Lol
Annoying juga nak speaking kat sini.
BTW saya baru nak berjinak2 dengan blog.
Support me and follow my update.
Harap2 ada la masa untuk ni semua.
:-)